Others

Shamil Saad perbaharui rekod peribadi di Sukan Paralimpik

Atlit angkat berat negara Mohd Shamil Md Saad berjaya memperbaharui rekod terbaik peribadi dalam acara powerlifting -107kg di Sukan Paralimpik Rio apabila berjaya mengangkat berat 196 kg.

Namun, itu tidak mencukupi untuk dia memungut pingat apabila hanya berjaya menduduki tempat ke-8 dari 10 orang peserta. Pingat emas dirangkul oleh atlit Greece Pavlos Mamalos yang melepasi berat angkatan 238 kg sekaligus memecahkan rekod kejohanan. Pingat perak dirangkul oleh Mohamed Ahmed dari Mesir (233 kg) dan pingat gangsa dirangkul Ali Sadeghzadehsalmani dari Iran (226 kg)

Photo credit: Twitter ISN
Photo credit: Twitter ISN

Turut beraksi semalam adalah Yuhaizam Yahya dalam peringkat penyingkiran acara memanah compound menentang Hadi Nori dari Iran. Yuhaizam tersingkir apabila tewas 126-136 selepas mengalami masalah teknikal di panahan terakhir.

Photo credit: Twitter ISN
Photo credit: Twitter ISN

Seorang lagi wakil Malaysia, Khairul Hazwan bersama pilot rider Rauf Nor beraksi dalam acara berbasikal lebuh raya 30km ujian masa tandem. Mereka menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 dengan catatan masa 40:06.96 saat.

Other posts by