Football

Robbie Keane dan Damien Duff bergabung melawan pasukan bolasepak Kelainan Upaya Ireland

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris dan Ireland Robbie Keane menyertai rakan sepasukan antarabangsanya untuk satu perlawanan persahabatan pada hari Ahad lalu untuk meningkatkan kesedaran terhadap pasukan bolasepak kelainan upaya (Kudung) Ireland.

Bekas pemain Leeds, Spurs dan Liverpool itu yang meninggalkan LA Galaxy November lalu, bergabung bersama Damien Duff untuk satu perlawanan istimewa di Pusat Latihan Kebangsaan di Dublin.

Perlawanan tersebut diaturkan oleh Duff – bekas pemain Blackburn, Chelsea, Newcastle dan Fulham – yang juga duta bagi Persatuan Bolasepak Kelainan Upaya (Kudung) Ireland.

Dalam bolasepak kelainan upaya (kudung) , pemain menggunakan tongkat berbanding kaki palsu, namu mereka tidak dibenarkan menggunakan tongkat untuk mengawal atau menghalang bola.

Pemain-pemain diberikan tunjuk ajar mengenai bagaimana bermain menggunakan tongkat sebelum perlawanan dimulakan, di mana Keane berjaya menjaringkan dua gol.

Photo credit: Sportsfile
Photo credit: Sportsfile

Pengurus pasukan bawah 21 tahun Ireland, Noel King turut menjaringkan gol, sementara James Boyle dan Neil Hoey menjaringkan gol untuk pasukan kelainan upaya.

Skuad bolasepak kelainan upaya Ireland akan beraksi di Turki musim panas hadapan bagi menyertai Kejohanan Eropah, dan jika mereka beraksi baik dalam kejohanan tersebut, mereka mungkin layak ke Piala Dunia pada tahun 2018.

Photo credit: SportsFile
Photo credit: SportsFile

Perlawanan khas ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap pasukan tersebut yang memerlukan dana tambahan menjelang kejohanan Eropah bagi menambah dana sedia ada yang diperuntukkan oleh program Bolasepak Untuk Semua anjura FA Ireland.

Bolasepak kelainan upaya (kudung) telah berlangsung secara kompetitif sejak 30 tahun lalu, di mana juara dunia Russia memenangi Amputee Futbal Cup pada September lalu.

England menamatkan saingan di tempat ketiga, dengan Poland meraih pingat perak.

Pada tahun 2014, Piala Dunia Bolasepak Kelainan Upaya (Kudung) diadakan di Mexioc di mana Russia menewaskan Angola dalam perlawanan akhir untuk menjulang trofi ketujuh mereka.

Other posts by