Football

Lazio hanya mampu jual 11 pas bermusim menjelang sepak mula Serie A

Suatu masa dahulu kelab ini dipenuhi pemain bintang dan berbakat Alessandro Nesta, Pavel Nedved, Sinisa Mihajlovic dan Diego Simeone. Namun kini, Lazio dilihat semakin sukar untuk menarik penyokong ke stadium.

Untuk musim 2016-17 yang akan menjelang tidak lama lagi, penyokong Lazio dilihat tidak begitu teruja apabila hanya sebilangan kecil pas bermusim yang terjual di hari pembukaan jualan – menurut La Gazzetta dello Sport.

Kelab Serie A itu mula menjual pas bermusim pada hari Isnin, tetapi tiada lagi penyokong yang beratur panjang untuk membelinya apabila kelab tersebut hanya menerima 11 permohonan di akhir hari pembukaan jualan.

Tahun lalu, rekod terendah jualan pas bermusim untuk kelab tercipta apabila hanya 12,800 pas bermusim yang terjual untuk perlawanan liga Lazio di Stadio Olimpico yang mempunyai kapasiti sebanyak 72,698 dan berdasarkan apa yang berlaku pada hari Isnin, rekod baru bakal tercipta musim ini.

Beribu penyokong Lazio turun ke jalanan pada minggu lalu sebagai tanda bantahan kepada presiden kelab Claudio Lotito, selepas pelantikan Marcelo Bielsa yang menjadi jenaka dan keadaan nampaknya tidak akan bertambah baik dalam masa terdekat.

Other posts by