Football

Penjaga gol berdarah Indonesia bantu kemenangan Juventus

Juventus sememangnya terkenal dengan seorang penjaga gol bertaraf lagenda iaitu Gianluigi Buffon. Kehebatan Buffon sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Penjaga gol hebat itu telah membantu Juventus memenangi kejuaraan Serie A musim ini dan membawa pasukan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Namun, bagi perlawanan terakhir, Juventus menurunkan seorang penjaga gol baru yang juga menjadi penjaga gol kedua termuda di Serie A musim ini selepas penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma.

Apa yang menarik, penjaga gol berkenaan mempunyai darah Indonesia dan lahir di Mataram pada 18 Januari 1997.

Emilio Audero Mulyadi, anak kepada pasangan Edy Mulyadi dan Antonela Audero menggantikan Buffon dalam perlawanan tersebut di mana Juventus menang tipis 2-1 ke atas Bologna.

Dalam perlawanan tersebut, tuan rumah, Bologna, menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi jaringan Saphir Taider.

Juve menyamakan kedudukan menerusi bintang sensasi mereka Paulo Dybala sebelum Moise Kean menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

“Saya membesar di kelab ini. Sekarang merupakan tahun ke-9 saya di Juventus. Saya sudah memiliki budaya dan etos kerja kelab ini,” kata Emir seperti dilaporkan oleh Makassar tribunnews.

Namun, Emil telah membaut keputusan untuk mewakili pasukan negara ibunya berbanding Indonesia.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pernah mencuba untuk memberikan kewarganegaraan Indonesia kepada Emil Audoro, tetapi di memilih untuk mewakili Itali.

“Saya hanya ingin bermain untuk pasukan kebangsaan Itali,” kata Emil.

Walaupun telah memilih untuk mewakili Itali, Emilio Audero tetap kagum dengan Indonesia.

Dalam laporan Kompas.com pada bulan Mac lalu, penjaga gol muda ini menyatakan kekaguman terhadap semangat cintakan bolasepak di kalangan masyarakat Indonesia.

“Bapa saya tinggal di Indonesia. Dia sudah menjelaskan kepada saya bahawa ada ramai penyokong Juventus di Indonesia. Setelah tiba, kami menerima sambutan yang luar biasa.

“Saya tidak menyangka mereka begitu bersemangat dan ghairah. Bolasepak profesional masih di tahap awal pembangunan di Indonesia, tetapi ramai pencinta bolasepak yang mengikuti perkembangannya,” kata Emilio ketika Juventus berkunjung ke Indonesia pada tahun 2014.

Bersama Donnarumma dan Mattia Perrin, Buffon telah menyatakan bahawa mereka dan Emil Auduro merupakan masa depan bolasepak Itali.

“Saya gembira Itali tidak akan berdepan masalah setelah saya bersara. Donnarumma, Meret, Mattia Perin dan Emilio Audero boleh membantu Itali ketika saya menggantung but nanti,” kata Buffon kepada Sky Sport Italia pada bulan Mac lalu.

Other posts by