Football

Kedah berdebar nantikan sijil perpindahan pemain import baru

Kedah berharap dua penyerang import baru mereka- Shane Smeltz dari New Zealand dan Thiago Fernandes (Brazil) – akan mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC) sebelum perlawanan menentang Sarawak di Stadium Darul Aman hari ini.

Penyerang berusia 34 tahun Smeltz mencipta nama ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas menjaringkan gol ketika seri 1-1 menentang Itali. Dia berpindah dari kelab A-League bagi menggantikan pemain tengah Brazil Sandro Mendonca.

Fernandes yang sepatutnya bermain untuk Felda United musim ini, tetapi tidak disenaraikan selepas tercedera sebelum jendela perpindahan pertama pada bulan Februari.

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berharap sijil perpindahan mereka akan tiba secepat mungkin.

Berita terbaru menyatakan Thiago sudah menerima ITC beliau dan dapat beraksi bertemu Sarawak, sementara ITC bagi Smeltz pula hanya akan diketahui lewat petang ini.

Skuad Helang Merah dan Felda bersetuju untuk bertukar pemain dengan Felda menyertai Kedah dan pemain kebangsaan Ahmad Fakri Saarani menyertai the Fighters.

“Kami terpaksa menggugurkan Sandro walaupun dia telah pulih dari kecederaan…kami tidak boleh mengambil risiko bermain dengan hanya tiga pemain import kerana kami mempunyai jadual yang padat,” jelas Cheng Hoe.

Dua lagi pemain import Kedah adalah Bang Seung-hwan (Korea Selatan) dan Liridon Krasniqi (Albania).

Cheng Hoe menambah bahawa jangkaan akan menjadi tinggi untuk pemainnya mengulangi aksi wira layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu dan “kami perlu mulakan saingan dengan kemenangan ke atas Sarawak”.

“Kami bermain di laman sendiri, oleh itu kami perlu menang perlawanan ini. Kami berada di kumpulan yang terbuka.. kami tidak boleh kehilangan mata,’’ ujar Cheng Hoe.

Dua lagi pasukan dalam kumpulan bersama Kedah adalah T-Team dan JDT II.

T-Team merupakan pasukan kejutan dalam Liga Super sementara JDT II telah mendapatkan pemain berkualiti, sementara Sarawak mempunyai jurulatih baru iaitu David Usop.

Other posts by