Football

Persebaya dakwa jersi mereka paling canggih di Indonesia

Setiap kali musim baru bolasepak bermula, selain daripada menunggu berita mengenai kemasukan pemain baru, penyokong juga ternanti-nanti pelancaran jersi baru pasukan.

Penyokong pastinya teruja menunggu jersi baru setiap musim dan berharap rekaannya akan menarik dan berbaloi untuk dibeli.

Penjualan jersi juga adalah satu perkara yang mampu menjana wang buat pasukan. Oleh itu, pastinya lebih menarik jika rekaan jersi pasukan mempunyai identiti tersendiri dan dekat dengan penyokong mereka.

Persebaya dakwa jersi mereka paling canggih

Persebaya Surabaya mendakwa jersi mereka adalah yang paling canggih di Indonesia dan pastinya ini akan menarik perhatian bukan sahaja penyokong Persebaya tetapi juga para pengumpul jersi.

Persebaya Surabaya baru-baru ini secara rasmi telah memperkenal jersi terbaru pasukan yang akan mereka gunakan untuk mengharungi perlawanan bagi Liga 2 Indonesia.

Pelancaran jersi tersebut telah diadakan di Atrium DBL Arena di Surabaya pada hari Isnin yang lalu.

Jersi pasukan yang terkenal dengan jolokan Bajul Ijo itu dikatakan cukup unik kerana mempunyai motif yang agak berbeza berbanding beberapa kelab bolasepak di Indonesia.

Apa yang menarik mengenai jersi ini adalah ia menggunakan corak ‘croco’ atau kulit buaya yang menjadi ciri khas kelab.

Surabaya sememangnya terkenal dengan sejarah mengenai pertempuran di antara Ikan Yu (Sura) dan Buaya (baya) . Ditambah dengan jersi yang berwarna hijau, corak kulit buaya ini pastinya menarik perhatian.

“Motif croco atau kulit buaya memang sudah terbentuk sejak proses pembuatan bahan kain. Bukan hasil cetakan komputer atau subliminasi,” kata Presiden Persebaya Azrul Ananda seperti dilaporkan oleh laman web Gilabola.com.

Material lain dari yang lain

Selain rekaannya yang untuk, jersi baru ini juga lain dari yang lain, antaranya adalah material yang digunakan iaitu kain yang sangat ringan serta cepat kering serta memiliki sifat anti sinaran ultra violet (UV), anti bau dan juga anti bakteria.

Photo credit: Instagram @SeputarPersebaya

“Berdasarkan material, jersi baru Persebaya ini lebih canggih dari semua jersi yang akan dipakan oleh pasukan bolasepak lain di Indonesia,” tambah Azrul lagi.

Untuk musim baru Liga 2 Indonesia, Persebaya akan menggunakan jersi berwarna hijau dengan beberapa penaja akan diletakkan di bahagian depan jersi dan jersi berwarna putih untuk perlawanan di tempat lawan.

Apa yang akan membuatkan jersi ini lebih hebat? Pastinya jika Andik pulang dan menyarung kembali jersi hijau Persebaya ini.

Other posts by