Football

5 pemain terkenal yang pernah beraksi di Liga Indonesia

Berita mengenai Michael Essien menyertai Persib Bandung mengejutkan seluruh dunia.

Seorang bekas pemenang trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara yang masih berusia di bawah 35 tahun memilih untuk menyertai Liga Indonesia berbanding liga di Amerika Syarikat dan China sememangnya mengejutkan.

Namun, sebenarnya sebelum ini ramai pemain yang pernah bertaraf dunia pernah beraksi di Liga Indonesia. Berikut adalah antara pemain bertaraf dunia yang beraksi di Indonesia.

1.Eric Djemba-Djemba

Photo credit: Surya-tribunnews.com

Bekas pemain tengah Manchester United ini dahulu dikhabarkan adalah pengganti Roy Keane. Sir Alex Ferguson membayar sebanyak £3.5 juta pada tahun 2003 untuk perpindahannya dari Nantes ke Manchester United. Namun, pemain Cameroon ini hanya beraksi selama dua musim di Old Trafford.

Selepas berkelana ke Qatar, Israel, Serbia dan India, Djemba Djemba menyertai Persebaya Surabaya di Indonesia pada tahun 2015.

Selepas hanya membuat enam penampilan bersama Persebaya dan masalah yang melanda PSSI, dia dipinjamkan ke kelab amatur Persipa Padalarang sejak awal tahun lalu.

Kini, Djemba Djemba mulai selesa di Indonesia dan menyatakan bahawa Bakso merupakan antara makanan kegemarannya.

 

2. Roger Milla

Photo credit: Juara.net

Pemain Cameroon kedua dalam senarai ini.

Merupakan lagenda Cameroon dan mencipta nama pada Piala Dunia 1990 apabila menjaringkan empat gol untuk Cameroon.

Selepas bermain di Montpellier di Liga Perancis, penyerang Cameroon ini menyertai Pelita Jaya di Indonesia pada tahun 1994. Selepas semusim bersama Pelita Jaya, Milla menyertai Putra Samarinda pada tahun 1995-1996. Kepada yang tidak tahu Putra Samarinda kini menukar nama menjadi Bali United.

 

3. Mario Kempes

Photo credit: ceritaku-14.blogspot.com

Penyokong Argentina pastinya mengenali pemain yang terkenal dengan imej rambut panjangnya.

Mario Alberto Kempes Chiodi atau lebih dikenali sebagai Mario Kempes juga pernah menyertai Pelita Jaya pada tahun 1996.

Mario Kempes menyertai Pelita Jaya sebagai pemain merangkap jurulatih pasukan. Dia membuat 15 penampilan untuk pasukan yang digelar The Young Guns itu dan menjaringkan 10 gol.

 

4. Lee Hendrie

Photo credit: Soccerserieswallpaper.blogspot.com

Sebelum Essien, bekas pemain Aston Villa ini terlebih dahulu sampai ke Bandung.

Membuat 251 penampilan dengan 27 gol untuk Aston Villa, Lee Hendrie datang ke Indonesia pada tahun 2011.

Bekas pemain Bawah 21 tahun England ini beraksi untuk Bandung FC di Liga Premier Indonesia. Selepas memnbuat 16 penampilan dan tiga gol, Lee Hendrie kembali ke England untuk menyertai Daventry Town.

 

5. Marcus Bent

Photo credit: asianfootyguide.com

Marcus Bent yang pernah beraksi untuk Everton merupakan seorang lagi pemain import dari Liga Perdana Inggeris.

Bekas penyerang bawah 21 tahun England ini menyertai Mitra Kukar pada musim 2011-12.

Bent membuat 11 penampilan untuk pasukan yang digelar Si Naga Mekes ini tetapi hanya mampu menjaringkan empat gol. Selepas meninggalkan Mitra Kukar, pemain ini masih tidak menyertai mana-mana pasukan.

Other posts by