Football

Penyerang Jerman mahu tinggalkan Besiktas selepas rampasan kuasa di Turki

Penyerang Jerman, Mario Gomez yang juga penjaring terbanyak Super Lig Turki musim lepas, semalam berkata dia akan meninggalkan Besiktas selepas hanya beraksi satu musim kerana ketegangan politik di negara berkenaan yang menyaksikan cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki minggu lalu.

“Saya perlu memberitahu semua penyokong Besiktas dengan berat hati bahawa saya tidak akan bermain dengan kelab yang hebat di hadapan penyokong yang menakjubkan dan di dalam stadium yang unik ini lagi,” jelas beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook peribandinya.

“Ianya berikutan kejadian teruk yang berlaku dalam beberapa hari ini. Saya harap anda semua memahaminya.”

Gomez merupakan pemain bintang pertama yang meninggalkan Turki selepas rampasan kuasa, yang menyebabkan keadaan menakutkan di Istanbul dan Ankara.

mario-gomez-besiktas-kayserispor-04302016_19yuekyx6zz91f5v6zc3xcvcm
Photo credit: Goal.com

Terdapat ramai lagi pemain bintang Eropah bermain di Istanbul, seperti penyerang Belanda Robin Van Persie bersama Fenerbahce dan penyerang Jerman Lukas Podolski bersama Galatasaray.

Gomez, yang dipinjamkan selama satu musim dari Fiorentina tetapi dijangka kekal secara tetap membantu Besiktas menjulang kejuaraan liga Turki musim lalu sejak kali terakhir memenanginya pada 2009.

Beliau menjaringkan 26 gol musim lalu untuk menjadikan satu musim yang istimewa buat kelab berkenaan yang turut menyaksikan kelab tersebut berpindah ke stadium baru di persisiran Selat Bosphorus.

“Tiada alasan kesukanan atau alasan lain yang menyebabkan saya membuat keputusan ini. Semuanya kerana kejadian menakutkan yang berlaku dalam beberapa hari lalu,” tambah beliau.

“Saya berharap masalah politik dapat diselesaikan dalam keadaan yang aman tidak lama lagi. Ketika itu, akan menjadi impian saya untuk kembali bersama Besiktas. Kelab dan negara ini menambat hati saya dalam tahun ini.”

Other posts by