Football

Arsenal mahu bintang muda Mexico ganti Alexis Sanchez

Dengan masa depan Alexis Sanchez di Arsenal dikatakan bakal sampai ke penghujung, Arsenal kini memulakan langkah untuk mencari pengganti bintang mereka itu.

Pemain yang menjadi sasaran Arsenal untuk menggantikan tempat bintang dari Chile itu adalah pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano.
Bintang Mexico itu menunjukkan prestasi yang bagus di Eredevisie pada musim ini sekaligus menarik minat kelab-kelab Eropah.

Bersama PSV, bintang muda Mexico yang digelar ‘Chucky’ itu telah menjaringkan 10 gol dan membuat tiga bantuan gol untuk PSV.

Baru berusia 22 tahun, Lozano sudah membuat 24 penampilan untuk Mexico dan berpindah ke PSV pada musim ini dari kelab Mexico, Pachuca.

Lozano sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United ketika pasukan tersebut di bawah kendalian Louis Van Gaal.

Alexis Sanchez dikatakan bakal berpindah ke Manchester City selepas dia menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Arsenal perlu menjualnya pada bulan Januari ini kerana kontrak Sanchez akan tamat hujung musim ini dan mereka berdepan risiko kehilangan Sanchez tanpa mendapat apa-apa.

 

 

Other posts by