Football

Bekas jurulatih Manchester United sertai Melbourne City

Kelab Liga Australia, Melbourne City secara rasmi memperkenal ketua jurulatih baru mereka, Warren Joyce pada hari Isnin.

Jurulatih berusia 52 tahun itu merupakan bekas jurulatih pasukan simpanan Manchester United selama lapan tahun dan pernah menjawat jawatan selaku pengurus kelab Liga Kejohanan, Wigan Athletic.

Selain itu, Warren Joyce juga pernah menjadi jurulatih pasukan simpanan Leeds United dan Royal Antwerp di Belgium.

Bekas pemain tengah Bolton, Preston dan Hull itu tiba di Melbourne ketika pemain sedang dalam fasa latihan pra-musim, dan akan berkerjasama dengan pembantu jurulatih Michael Valkanis, Joe Montemurro dan jurulatih penjaga gol Joey Didiluca.

Warren Joyce dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh SkySports, menyatakan bahawa tawaran yang diberikan oleh Melbourne City merupakan satu perkara yang tidak mungkin ditolak olehnya.

“Semua pihak di kelab ini, visi mereka,dan nilai serta peluang untuk membantuk membangunkan pasukan ini ke potensi sebenar mereka menjadikan ini tawaran yang sukar ditolak. Saya tidak sabar untuk bermula.”

Naib Pengerusi kelab, Simon Pearce dipetik berkata: “Dengan Warren Joyce, kami mempunyai seorang pengurus dengan kerjaya dalam bolasepak yang lama dan hebat, yang pernah membuktikan dirinya, dalam pelbagai persekitaran, sebagao seorang jurulatih yang pragmatic dan versatile serta bersemangat.

“Kejayaan sepanjang kerjayanya, dan begitu banyak kerjasama kejurulatihan yang dimilikinya di masa lampau, menadikan dia jurulatih paling sesuai dengan budaya dan taktikal Melbourne City.”

Apa yang menarik, kedatangan Warren Joyce ke Melbourne City sebenarnya turut melibatkan kelab seteru Manchester United, iaitu Manchester City kerana Melbourne City merupakan kelab bolasepak di bawah City Football Group milik Abu Dhabi United Group yang turut memiliki kelab Manchester berkenaan.

Bahkan, penyertaan Warren Joyce turut diluluskan oleh bekas pemain kebangsaan England, Brian Marwood yang merupakan salam seorang pegawai eksekutif di Manchester City di bawah jawatan Pegawai Pentadbiran Bolasepak.

Other posts by