Football

Persib Bandung rancang kerjasama dengan Adelaide United

Kerjasama di antara dua kelab berlainan negara sebenarnya satu perkara yang tidak asing.

Pertukaran dari segi idea, kepakaran dan tenaga kerja adalah antara perkara yang sering dilakukan ketika berlangsung kerjasama di antara dua kelab.

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung bakal menjalankan kerjasama dengan kelab dari Australia Adelaide United ekoran kerjasama di antara kerajaan daerah Jawa Barat dan kerajaan Australia Selatan.

Kerjama di antara dua daerah ini sebenarnya sudah terjalin sejak tiga tahun lalu namun hanya meliputi bidang ekonomi, sosial dan budaya. Pada tahun ini, kerjasama ini akan diperluas ke bidang sukan pula dengan kedua-dua kerajaan tempatan akan menghantar wakil dari segi pasukan daerah masing masing.

Jawa Barat akan diwakili oleh Persib Bandung sementara Australia Selatan pula akan diwakili oleh Adelaide United.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Adelaide United, Grant Mayer sudah bertemu dengan Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan pada hari Selasa lalu dan seterusnya berkunjung ke Graha Persib untuk bertemu Pesuruhjaya Utama Persib Bandung, Zainuri Hasyim.

Zainuri seperti dilaporkan oleh laman web rasmi Persib Bandung menyatakan bahawa pertemuan itu adalah satu perkara yang melangkaui kerjasama dua kelab kerana ia melibatkan dua daerah dari dua negara.

“Kita akan melihat perkembangan dan masa depan kerjasama ini bagaimana, kerana kerjama ini tetap melibatkan pemerintah Jawa Barat dan Australia Selatan.”

Dilaporka bawaha dari pertemuan tersebut, Persib dan Adelaide merancang program kerjasama seperti klinik kejurulatihan pemain dan jurulatih Persib di Bandung selain kunjungan kedua-dua pasukan ke Adelaide dan Bandung.

 

Other posts by