Football

FAS: Kami akan daftarkan Andik pada bulan Mei

Nampaknya Selangor masih mahukan Andik.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah menawarkan pemain sayap Indonesia, Andik Vermansyah peluang untuk merebut tepat dalam pasukan Red Giants bagi saingan peringkat kedua Liga Super 2017.

Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim menyatakan mereka masih berbincang dengan ejen Andik untuk mendapatkan jalan terbaik.

“Andik masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut. Kami sedang berbincang dengan ejennya untuk mencari jalan terbaik bagi kedua-dua pihak.

“Andik tidak dapat bermain selama tiga ke empat bulan. Sebaik sahaja dia pulih, kami akan mendaftarkannya pada bulan Mei.”

Andik yang menyertai Selangor pada tahun 2014, pernah membantu Selangor memenangi Piala Malaysia pada tahun 2015 dan menjadi ketua pasukan ketika Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun lalu.

Namun, Andik mengalami kecederaan lutut yang memerlukan pembedahan ketika beraksi di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Thailand.

Selangor telah mendapatkan pemain naturalisasi Timor Leste, Juliano Mineiro bagi mengisi kuota pemain asing Asia bagi musim ini. Selain Juliano, tonggak import Selangor turut disertai oleh pemain saya Romania Victor Astafei, bekas penyerang Felda United Francis Forkey Doe dan Ugo Ukah yang bermain dari musim lalu.

Skuad kendalian P.Maniam akan berdepan pendatang baru Liga Super, Melaka United di Selayang Jumaat ini. Selangor menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Selayang dalam aksi pertama Liga Super 2017 mereka.

Other posts by