Football

Ali Ashfaq ikut Dollah Salleh ke Pahang?

Ali Ashfaq ke Pahang?

Itu menjadi persoalan buat penyokong Pahang apabila kelibat ketua pasukan Maldives itu kelihatan semasa sesi latihan skuad Tok Gajah malam tadi.

Ianya tidaklah mengejutkan jika skuad Pahang masih mencari pemain import, namun ianya menjadi kejutan kerana sebelum ini Pahang sudah mengumumkan empat pemain import yang akan menyarung jersi Tok Gajah.

Empat pemain asing yang telah diumumkan Pahang sebelum ini adalah Mohamadou Suareh, Kiko Insa, Hae Jae Won dan Julius Oboh.

Pahang akan memulakan aksi Liga Super menentang Perak di Ipoh pada hari Sabtu ini.

Other posts by