Football

Saya mahu jadi jurulatih kebangsaan suatu hari nanti – Tan Cheng Hoe

Berita buruk buat pasukan Kedah apabila ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berminat untuk mengendalikan pasukan kebangsaan.

Namun, jurulatih yang berjaya membawa Kedah menjulang Piala Malaysia itu menyatakan bahawa kini dia fokus dan komited dengan pasukan Kedah bagi saingan Liga Malaysia.

“Saya kena fokus kepada pasukan Kedah dulu, tapi sudah tentu di masa hadapan kalau ada rezeki orang kata, saya pun nak jadi jurulatih pasukan kebangsaan jugak”, kata beliau kepada Fourth Official di Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang berlangsung di Geno Hotel baru-baru ini.

Tan Cheng Hoe sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal dan bersama-sama menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Sejak membimbing Kedah, Tan Cheng Hoe berjaya membawa pasukan Helang Merah ke separuh akhir Piala Malaysia 2014, naib juara Piala Malaysia 2015, juara Liga Premier 2015, dan tempat ketiga Liga Super 2016 selain memenangi Piala Malaysia 2016.

Other posts by