Football

#MSL: Zaquan Adha bakal ke Perak?

Desas desus mengatakan Zaquan Adha bakal ke Perak semakin kuat selepas satu gambarnya bersama Shahrom Kalam tersebar di media sosial.

Photo credit: Instagram Shahrom Kalam
Photo credit: Instagram Shahrom Kalam

Gambar berkenaan yang diambil dari instagram Shahrom Kalam menunjukkan dia bersama Zaquan Adha dengan lokasi gambar berkenaan menunjukkan kedua-dua pemain berada di Ipoh, Perak.

Bekas pemain ATM dan Negeri Sembilan ini nampaknya bakal menyertai Shahrom Kalam dan Hafiz Kamal dalam memperkuat skuad The Bos Gaurus bagi musim hadapa selepas bermain bersama Johor Darul Ta’zim II selama dua musim.

Zaquan sebelum ini turut dikhabarkan bakal menyertai Melaka United, namun nampaknya dengan perkembangan terbaru ini menunjukkan dia lebih menggemari tempoyak berbanding asam pedas.

Other posts by