Football

Ilija Spasojevic berminat untuk kembali ke Persib

Dari Bandung dia datang, adakah ke Bandung dia pulang?

Bekas penyerang Melaka United, Ilija Spasojevic dikhabarkan berminat untuk kembali ke Persib Bandung pada separuh musim kedua Liga 1 Indonesia.

Pemain yang terkenal dengan gelaran Spaso itu menyatakan bahawa dia masih menunggu tawaran dari pengurusan Persib.

Pemain berasal dari Montenegro itu menyatakan minatnya untuk kembali ke Persib dalam satau laporan bola.com.

“Saya ada hubungan emosional dengan Persib dan bobotoh (Penyokong Persib). Oleh sebab itu saya sudah pasti berminat untuk kembali ke Persib. Sehingga sekarang saya masih menunggu tawaran serius dari Persib.

Namun, Spaso turut menyatakan bahawa jika tiada tawaran serius dari Persib, dia sanggup mempertimbang tawaran dari pasukan lain tetapi Persib akan menjadi kelab utama yang mahu disertainya.

“Tetapi Persib tetap diutamakan sebab di Persib saya tidak perlu menyesuaikan diri kerana sebahagian besar pemain adalah pemain sama ketika kami menang Piala Presiden 2015.”

Spaso pernah beraksi bersama Persib pada tahun 2015 sebelum berhijrah ke Melaka United.

Bersama Melaka, dia berjaya membawa kelab berkenaan untuk naik ke Liga Super selepas hanya satu musim di Liga Perdana dan memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Malaysia 2016 selepas menjaringkan 24 gol.

Other posts by