Football

McKain akan temui FIFA untuk menuntut gaji dari Kelantan

Bekas pemain kebangsaan Australia, Jon Mckain berkata dia akan membawa kes kelambatan pembayaran gaji dari bekas pasukannya, Kelantan, ke FIFA.

Bercakap kepada ESPN FC, bekas pemain pertahanan Kelantan itu dia masih belum dibayar gaji sejak bulan Ogos yang lalu selepas meninggalkan pasukan pada bulan lalu.

“Selepas dua musim di Kelantan, ianya agak mengecewakan apabila terpaksa menggunakan jalan ini, tetapi saya tiada pilihan selain menemui FIFA,” kata McKain.

“Ianya mengejutkan untuk organisasi profesional untuk bertindak sedemikian dengan tidak membayar pemain, dan untuk FAM membenarkan perkara ini terus berlaku. Perkara ini akan menyebabkan bolasepak Malaysia tidak dapat membangun dan para penyokong berhak mendapat lebih baik dari ini.”

Kelantan sedang berdepan masalah kewangan apabila penaja utama mereka Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida mengumumkan untuk tidak meneruskan tajaan.

Disebabkan itu, Kelantan pada minggu lalu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal menarik diri dari Liga Super 2017 jika tidak menemui jalan untuk mengutip dana yang cukup.

Other posts by