Football

Alvaro Morata cipta sejarah jadi pemain pertama masuk sebagai pemain gantian ke-4

Penyerang Real Madrid, Alvaro Morata menjadi pemain gantian keempat yang pertama dalam sejarah bolasepak apabila dia masuk bagi menggantikan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan akhir Piala Dunia Antara Kelab.

Penyerang Los Blanco situ masuk pada minit ke-112 dalam kemenangan 4-2 Real Madrid ke atas pasukan dari Jepun, Kashima Antlers.

FIFA pada Mac lalu,membenarkan percubaan untuk menggunakan pemain gantian keempat di masa tambahan dalam perlawanan terpilih, termasuk Piala Dunia Antara Kelab.

Zinedine Zidane menggunakan peluang tersebut dengan membawa masuk pemain dengan baki lapan minit dalam masa tambahan.

Antlers turut menggunakan peluang tersebut dengan membawa masuk Shuhei Akasaki bagi menggantikan Ryota Nagaki, dua minit selepas Morata dimasukkan.

Ronaldo yang dikeluarkan, sebelum itu menjadi penentu dalam perlawanan tersebut apabila tiga jaringannya menghadiahkan trofi kejohanan itu kepada Real Madrid.

Karim Benzema menjaringkan gol pembukaan, sebelum dua gol dari Gaku Shibasaki memberikan kelebihan kepada Kashima Antlers.

Namun, Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti dan seterusnya menjaringkan dua gol pada masa tambahan bagi memastikan Piala Dunia Antara Kelab dibawa pulang ke Madrid.

Other posts by