Football

JDT bakal kehilangan Diaz?

Juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bahawa beberapa kelab luar negara telah membuat tawaran kepada bintang sensai mereka Jorge Pereyra Diaz.

Pengumuman dari ketua jurulatih mereka, Mario Gomez itu disiarkan di laman facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

Photo credit: Facebook Johor Southern Tigers
Photo credit: Facebook Johor Southern Tigers

Menurut kenyataan tersebut, JDT berkemungkinan besar akan kehilangan Diaz pada musim hadapan.

“Kami telah menerima tawaran menarik dari kelab Mexico dan Eropah yang berminat dengan pemain import kami, Jorge Pereyra Diaz. Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak akan berada di sini pada musim hadapan. Kita lihat dulu.”

Diaz telah membantu JDT merangkul trofi Liga Super 2014 dan 2016 selain daripada Piala FA pada tahun ini.

Other posts by