Squash

Nicol David kekalkan kedudukan pemain No. 3 dunia

Ratu Skuasy negara dan Juara Dunia lapan kali, Datuk Nicol David mengekalkan kedudukan ketiga dalam ranking dunia terkini yang dikeluarkan Pesatuan Skuasy Profesional (PSA) untuk bulan kedua berturut.

Berdasarkan ranking terkini dunia yang dikeluarkan di laman web PSA www.psaworldtour.com semalam, pemain berasal Pulau Pinang itu mengumpulkan mata secara purata 1,101 selepas bermain dalam 10 kejohanan, sama seperti kedudukannya bulan lepas.

Juara dunia dari Mesir Nour El Sherbini dan pemain England Laura Massaro mengekalkan kedudukan mereka di tangga pertama dan kedua selepas mengumpulkan purata mata 1,769 dan 1,510.

Juara bertahan remaja dunia Nouran Gohar dari Mesir, yang menyingkirkan Nicol sebelum menjuarai Terbuka Hong Kong minggu lalu, berada di tangga keempat dengan purata mata 1,069 sekaligus menyebabkan rakan senegaranya Raneem El Welily jatuh ke tangga kelima dengan purata mata 967.

Dua lagi pemain negara – Delia Arnold dan Low Wee Wern – memiliki nasib berbeza apabila Delia jatuh ke tangga ke-18 dengan purata mata 275 sementara Wee Wern kekal di tangga ke-27 dengan purata mata 190.625.

Other posts by