Football

Pulau Pinang yakin mampu kejutkan JDT

Pulau Pinang yakin mampu mengejutkan Johor Darul Takzim (JDT) esok, walaupun ketinggalan jauh di belakang pendahulu Liga Super itu.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Nenad Bacina berkata, pemain beliau sangat teruja untuk bermain menentang JDT yang juga juara Piala AFC.

“JDT merupakan pasukan yang kuat. Pulau Pinang mungkin berada di tangga ke-11 Liga Super tetapi ini tidak akan menghalang kami untuk cuba merampas tiga mata,” kata beliau ketika ditemui selepas sesi latihan, semalam.

Ketika ditanya samada pemain tengah, Faiz Subri akan diturunkan, beliau berkata bahawa ada kemungkinan untuk dia berada dalam kesebelasan utama, namun barisan pemain belum diputuskan lagi.

“Pemain kami sudah bersedia. Kami hanya akan membuat keputusan mengenai pasukan pada hari Rabu,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) ketika ditemui berkata walaupun JDT merupakan pasukan kuat, kedua pasukan mempunyai peluang yang sama dalam perlawanan tersebut. “Kami akan kekal yakin dan pemain kami akan memberikan yang terbaik sepanjang 90 minit permainan,” kata beliau.

Selepas bertemu JDT, Pulau Pinang akan berdepan Sarawak di tempat lawan pada 6 Ogos. Sarawak kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan 15 mata, satu mata mengatasi Pulau Pinang.

Other posts by