Football

Kelantan akan lunas gaji bekas pemain

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan bahawa beliau telah melunaskan bayaran gaji dan pampasan kepada semua bekas pemain asing dan jurulatih seperti yang diarahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau mengumumkan berita tersebut dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadi beliau.

Memetik dari kenyataan beliau: “Semalam saya lunaskan segala tunggakan gaji dan fee semua pemain import Dan coach..Insyaallah esok Saya lunaskan tunggakan 5 Bekas pemain spt mana di arah oleh FAM..”

Photo Credit: Facebook Tan Sri Annuar Musa
Photo Credit: Facebook Tan Sri Annuar Musa

Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa KAFA akan memberikan bonus khas kepada semua pemain selepas menunjukkan prestasi bagus. Kelantan mengalahkan Terengganu dalam saingan Liga Super serta mengalahkan Pahang dan seri dengan Selangor dalam saingan Piala Malaysia.

Beliau juga berkata bayaran bonus tersebut akan diberikan dalam satu majlis ringkas di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, lima bekas pemain Kelantan yang belum menerima tunggakan gaji adalah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka bersama KAFA dengan menyertai pasukan lain musim ini.

Other posts by