Football

“Pemain perlu anggap mewakili Malaysia satu penghormatan besar” – Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini berkata beliau mahu pemain Malaysia menghormati peluang yang diberikan untuk menyarung jersi Malaysia.

Bercakap kepada wartawan, beliau berkata: “Saya harap pemain-pemain tempatan menganggap peluang untuk bermain mewakili Malaysia ini satu penghormatan yang besar dan harap mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru tanpa melihat penghormatan yang diberikan untuk mewakili negara, apatah liga kita akan berdepan kejohanan yang besar iaitu Piala AFF.”

Selain itu, beliau turut berkata akan berhubung dengan pihak Johor Darul Ta’azim berhubung persaraan pemain mereka.

“Walaupun saya akan cuba menghubungi pihak JDT untuk memahami apa maksud sebenar kenyataan itu dan sekiranya boleh kita lihat bagaimana perkara itu boleh dielakkan.

“Jangan kita terlalu cepat menghukum mana-mana pihak dalam kes ini kerana saya lihat dalam media sosial banyak komen negatif terhadap pemain-pemain yang mengumumkan persaraan mereka dan FAM. Tugas saya adalah untuk mencari penyelesaian sama ada dapat kita melihat pada isu-isu yang dibangkitkan oleh TMJ dapat diatasi.”

Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas menghadiri majlis rumah terbuka Majlis Paralimpik Malaysia dan melancarkan rancangan TV MISIM yang akan diadakan untuk mencari bakat baru untuk sukan para negara.

Setakat ini empat orang pemain dari JDT telah mengumumkan persaraan mereka iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal.

Other posts by