Football

Eksklusif: “Saya mahu menang Piala Malaysia bersama Pahang” – Kogileswaran Raj

Penyerang Pahang Kogileswaran Raj telah berikrak untuk merangkul Piala Malaysia bersama Pahang sebagai misi utamanya, sekaligus membantu menyelamatkan musim skuad Tok Gajah yang mengecewakan.

Kogileswaran Raj baru-baru ini kembali menyertai skuad Tok Gajah selepas digantung sementara daripada bola sepak tempatan ekoran perlanggaran kontrak dengan Frenz United musim ini. Namun, selepas dilepaskan dari Frenz United baru-baru ini, beliau didaftar secara rasmi dengan Pahang FC.

Pemain berusia 17 tahun itu tidak sabar untuk kembali ke padang dan menyarung jersi kuning pasukan Pahang.

Photo Credit: PerakToday
Photo Credit: PerakToday

“Saya bersyukur kerana dapat kembali bersama pasukan Pahang, “jelas Kogileswaran kepada FourthOfficial.com

“Saya melalui lima bulan yang sangat sukar dan saya lega kerana semuanya sudah selesai. Saya ingin berterima kasih kepada En. Fahrizal (bekas CEO Pahang FC) kerana membantu saya kembali bersama pasukan.”

Bekas pemain Harimau Muda C itu bercadang untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama dan menjulang trofi bersama Pahang.

dcx_doc6nw1ru7xlfbsrrsjed7
Photo Credit: The Star

“Saya perlukan sebanyak mungkin pengalaman dalam Liga Super Malaysia (MSL) dan saya juga mahu menjaringkan gol. Saya mahu menyelamatkan musim pasukan dengan memenangi Piala Malaysia.

Kogileswaran dipanggil untuk menyertai skuad Bawah-19 tahun negara oleh Frank Bernhardt menjelang Kejohanan AFF B-19 Remaja di Hanoi, Vietnam bermula 11-24 September.

“Saya mahu membantu pasukan negara untuk mara sejauh mungkin dalam Piala AFF Remaja di Vietnam dan memainkan peranan penting dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun hadapan.”

1507663_1063786723682021_5372261139528269505_n-1
Photo Credit: Pahang FC

Kogileswaran Raj dan rakan sepasukannya R. Dinesh berlepas ke Watford pada bulan Mac lalu untuk menjalani latihan bersama skuad bawah-21 mereka di bawah tunjuk ajar bekas pemain Liverpool dan Leeds United, Harry Kewell.

Other posts by