Football

Pasukan muda England pesaing ‘serius’ kami – Sagna

Skuad muda England adalah yang terbaik pernah dihasilkan negara berkenaan dalam tempoh masa yang lama dan antara calon pilihan untuk menjuarai Euro 2016, jelas bek Perancis Bacary Sagna.

“Saya rasa mereka adalah pesaing serious untuk kami,” kata Sagna kepada wartawan menjelang pertemuan mereka menentang Romania pada hari Jumaat.

“Mereka pasukan yang sangat muda seperti kami dan memiliki kualiti ketika menyerang. Pada pendapat saya, ini pasukan England paling serius sejak sekian lama.”

Kemenangan dalam perlawanan pemanas badan menentang Turkey, Australian dan Portugal membangkitkan harapan kepada anak buah Roy Hodgson untuk menamatkan penantian 50 tahun negara itu untuk menjulang trofi utama antarabangsa sejak England memenangi Piala Dunia pada 1966.

Penjaga gol nombor dua Perancis Steve Mandanda berkata ianya satu ‘kewajipan’ kepada Perancis untuk memenangi kejohanan berkenaan, tetapi Les Bleus perlu berwaspada dengan Romania dalam perlawanan pembukaan di Stade de France.

Tekanan pada kami. Kami tahu Romania tidak mempunyai nama besar, tetapi mereka memiliki pemain yang telah bermain baik untuk mengakhiri di tangga kedua kumpulan mereka dengan pertahanan terbaik di antara semua pasukan yang layak. Ianya akan menjadi sukar untuk kami dan kami perlu menghormati mereka.”

Jadual Euro 2016 hari ini:

Perancis vs Romania (3:00 pagi)

Other posts by