Football

VIDEO: Rakaman GoPro pergaduhan penyokong Russia dan England

Di sebalik kemeriahan Euro 2016 tahun ini yang menyaksikan penyokong dari seluruh Eropah datang ke Perancis, ia dicemari dengan beberapa insiden yang mencemarkan nama sukan bola sepak sebagai sukan yang menyatukan masyarakat.

Sebelum perlawanan di antara Russia dan England pada hari Sabtu lalu di Marseille, berlakunya kekecohan di antara penyokong Russia dan England yang menyebabkan kedua-dua pasukan diberikan amaran.

Sebelum ini, laporan media banyak menyalahkan penyokong England yang mabuk berkenaan kekacauan yang berlaku. Namun, dalam perkembangan terbaru, penyokong Russia dilaporkan telah merancang untuk melakukan serangan ke atas penyokong England.

UEFA mengumumkan keputusan tersebut selepas sekumpulan penyokong Russia bakal dihantar pulang dari Perancis – dan rakaman GoPro menunjukkan bahawa serangan ke atas penyokong England di Marseille dirancang dengan teliti. Anda boleh menyaksikannya di sini.

 

https://www.youtube.com/watch?v=vAPodNXjkBU

 

Penganjur Euro 2016 meluahkan kerisauan dengan kehadiran 150 orang hooligan dari Russia yang merancang keganasan di Marseille dan digambarkan oleh pihak berkuasa Perancis sebagai “sangat ganas dan sangat tangkas”.

Rakaman GoPro yang disiarkan secara online oleh samseng Russia menunjukkan beberapa kejadian di Marseille yang mengganggu kejohanan tersebut telah dirancang dengan teliti.

Rakaman video sepanjang lima minit itu menunjukkan sekumpulan penyokong Russia menghampiri kawasan dataran utama di mana penyokong England sedang minum pada 11 Jun, sebelum kedua negara tersebut berdepan sesama sendiri dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Mereka dilihat bersenjatakan batang besi, kerusi dan botol sebelum menyerang penyokong England, bertempur sepanjang jalan di bandar berkenaan ketika sasaran mereka melarikan diri.

Kremlin telah menggesa penyokong Russia di Perancis supaya tidak membalas provokasi dan meminta pegawai sukan Russia untuk menggunakan pengaruh mereka supaya

Ini menyebabkan UEFA memberikan penggantungan kelayakan kepada Persatuan Bola Sepak Russia yang bermaksud, jika berlaku kekacauan sekali lagi, mereka boleh disingkirkan dari kejohanan. Selain itu, FA Russia juga dikenakan denda berjumlah 150,000 Euro ( RM 690,000) disebabkan kekacauan yang berlaku di Stade Velodrome.

Other posts by