Football

Bekas pemain import Perlis Stephen Keshi meninggal dunia

Bekas pemain import Perlis, Stephen Okechukwu Keshi diumumkan oleh keluarganya telah meninggal dunia pada usia 54 tahun hari ini.

Emmanuel Ado, abang kepada ikon dan bekas ketua pasukan Nigeria itu memberitahu berita sedih berkenaan kepada Premium Times awal pagi hari ini.

Keshi yang bermain bersama Perlis pada tahun 1997/98 membuat 34 penampilan untuk skuad Singa Utara dan menjaringkan empat gol. Keshi turut membuat 64 penampilan bersama pasukan kebangsaan Nigeria.

Terkenal dengan panggilan Big Boss di Nigeria, Keshi merupakan satu-satunya jurulatih Nigeria yang berjaya membawa Super Eagles memenangi Piala Negara-Negara Afrika.

Selain itu, beliau juga berjaya membawa pasukan Togo dan Nigeria beraksi di Piala Dunia 2006 dan 2014.

Other posts by