Badminton

Chong Wei semakin hampir dengan gelaran nombor 1 dunia

Bintang badminton negara, Datuk Lee Chomg Wei semakin hampir untuk merangkul gelaran keenam Terbuka Indonesia dan takhta pemain nombor satu dunia selepas mara ke peringkat suku akhir di Jakarta semalam.

Pemain nombor dua dunia itu akan merampas kedudukan nombor satu dunia dari pemain China, Chen Long, yang tidak bertanding dalam kejohanan ini, jika beliau mara ke final, dan laluan beliau untuk merangkul kejuaraan dilihat mudah selepas pesaing terdekatnya Lin Dan terkeluar dalam pusingan kedua selepas ditundukkan oleh Jonathan Christie dari Indonesia.

Lin Dan tewas muda kepada Jonatan 21-12,21-12.

Chong Wei yang menjadi sandaran Malaysia untuk merangkul pingat emas pertama olimpik di Sukan Olimpik Rio bulan Ogos ini, memungut 88,953 mata, kurang 3241 mata dari Chen Long tetapi kemenangan dalam kejohanan ini akan memberikan Chong Wei 11,000 mata, sekaligus mengangkat beliau ke kedudukan teratas ranking dunia.

Dalam perlawanan semalam, Chong Wei hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain Hong Kong Angus Ng Ka Long 21-10, 21-13 dan dijadual bertemu pemain meningkat naik China Wang Zhengming di Istora Senayan, hari ini.

Sementara itu, pemain bergu lelaki utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong menundukkan rakan senegara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong 22-20,22-20 di pusingan kedua.

Bergu itu akan bertemu pasangan China, Chai Biao/Hong Wei di suku akhir.

Bergu utama wanita negara Vivian Hoo/Woo Khe Wei turut mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii 21-17,21-19.

Mereka akan bertemua pasangan Indonesia Anggia Shitta Awanda/Ni Ketut Mahadew Istirani.

 

Other posts by