Football

“Weigang mampu cipta keajaiban di Liga Super”

Presiden Perak FA, Datuk Abdul Puhat May Nayan yakin Karl-Heinz Weigang mampu mencipta satu lagi keajaiban apabila Liga Super bersambug bulan depan.

Puhat berkata jurulatih Jerman itu mempunyai hubungan baik dengan bekas ketua jurulatih Syamsul Saad, yang kini menjadi pembantunya.

Weigang telah menjadi pengarah teknikal Perak sejak 2014 dan membantu mereka mengelak dari penyingkiran ke Liga Premier dua tahun lalu.

Liga Super berehat semalam lima minggu disebabkan perlawanan play-off Piala Asia pasukan kebangsaan menentang Timor Leste dan bulan puasa.

“Syamsul bermain di bawah Weigang pada tahun 2000. Mereka tahu antara satu sama lain dan itu sebabnya kami membuat keputusan untuk menjadikan dia penolong jurulatih,” jelas Puhat mengenai Syamsul yang memenangi Piala Malaysia (2000), dua gelaran liga (2002,2003) dan satu Piala FA (2004) ketika bermain bersama Bos Gaurus dari tahun 2000-2008.

“Pasukan lain menggantikan jurulatih mereka dengan pengurus baru. Itu tidak selalunya berjaya.

“Kami rasa selain mengenali pemain, Syamsul akan mendapat kelebihan apabila belajar dengan Weigang. Mereka mempunyai hubungan yang baik. Karl telah melihat semua pemain dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membina semula pasukan.”

Weigang dijangka kembali dari Eropah minggu depan dan beliau akan memantau pasukan Piala Presiden dan Piala Belia selain daripada pasukan Liga Super.

Perak kini berada di tangga ke-10 dari 12 pasukan dalam Liga Super selepas hanya dua kemenangan dan lima seri dari 12 perlawanan di bawah kendalian Syamsul.

Other posts by