Football

Liga Bola Sepak Remaja bantu lahir pemain muda

Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) telah memperkenal dua liga bola sepak remaja bagi memastikan pemain dari Akademi Bolasepak negara mendapat pendedahan sewajarnya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bahawa ianya adalah Liga Akademi Tunas untuk pemain berusia 10 hingga 12 tahun dan Liga NFDP untuk pemain berusia 13 hingga 17 tahun.

“Ini kali pertama Malaysia mempunyai liga bolasepak yang lengkap untuk pasukan remaja.

“Saya harap liga ini akan menghasilkan lebih ramai pemain muda, “ jelas beliau selepas menandatangani perjanjian di antara NFDP dan Adidas Malaysia.

Melalui kerjasama ini, Adidas Malaysia akan menaja sebanyak RM 1.2 juta untuk tiga tahun melibatkan bekalan jersi dan kelengkapan sukan untuk skuad NFDP.

Other posts by