Arif Aiman Hanapi, pemain pasukan Johor Darul Ta’zim, memenangi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023.
Pemain kelahiran Pahang ini muncul sebagai pemenang dalam pelbagai anugerah, termasuk penyerang terbaik Liga Super, pemain muda terbaik, penjaring gol terbanyak tempatan Liga Super dan gol terbaik Liga Malaysia 2023.
Ini adalah kali pertama pemain muda berusia 21 tahun ini dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2023. Beliau adalah antara pemain yang dipilih oleh penyokong Liga Malaysia.
PEMENANG 🏆 ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2023
GOL TERBAIK LIGA MALAYSIA 2023
ARIF AIMAN HANAPI (JOHOR DARUL TA’ZIM) 🟦🟥
JARINGAN ARIF AIMAN HANAPI MENENTANG PERAK FC DI SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA DIUNDI OLEH PENYOKONG LIGA MALAYSIA SEBAGAI GOL TERBAIK MUSIM 2023!#ABK23 pic.twitter.com/xjHCd0MUqT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 25, 2024
Selain itu, pemain berusia 21 tahun ini memenangi anugerah pemain terbaik, penyerang terbaik Liga Malaysia dan pemain muda terbaik 2023 untuk kali ketiga berturut-turut.
Arif Aiman menjaringkan 21 gol dan 29 bantuan jaringan dalam semua Liga Malaysia, termasuk Liga Juara-Juara Asia, pada musim 2023.
Arif Aiman telah menunjukkan prestasi yang konsisten sejak musim 2021, yang membuktikan bahawa beliau sememangnya layak untuk merangkul hatrik di ABK 2023.
Other posts by Hiresh