Football

Al Ain tolak tawaran kelab Perancis untuk dapatkan Omar Abdulrahman

Dalam ramai-ramai pemain Asia yang berbakat, pastinya nama pemain UAE, Omar Abdulrahman tersenarai.

Melihat kepada aksi lincah Omar untuk kelabnya Al Ain dan UAE, ramai yang mahu melihat pemain ini beraksi di Eropah bersama kelab-kelab ternama.

Nama Omar telah dikaitkan dengan banyak kelab Eropah, tetapi nampaknya masih belum ada rezeki untuk melihat pemain berusia 25 tahun ini menukar haluannya ke Eropah.

Terbaru, Al Ain dilaporkan telah menolak tawaran kelab Ligue 1, Nice, untuk yang mahu mendapatkan Omar secara pinjaman.

Gambar surat permohonan yang dihantar oleh kelab Perancis itu kepada Al Ain tersebar luas di media sosial.

https://twitter.com/ahdaafme/status/885134026998263809

Dalam surat berkenaan, tertulis tawaran untuk mendapatkan Omar secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli pemain tersebut. Mengikut tarikh yang tertera di surat itu, tertulis 27 Jun.

Walaupun laporan menyatakan bahawa Al Ain menolak tawaran berkenaan, media tempatan, The National, menyatakan bahawa satu perjanjian masih boleh berlaku ekoran penglibatan kelab Perancis itu dalam kancah Liga Juara-Juara musim hadapan.

Dipercayai pegawai dari Nice telah berangkat ke Garden City minggu ini untuk berbincang mengenai perpindahan Omar.

Pemain yang menggondol anugerah Pemain Terbaik Asia pada Disember lalu sebelum ini dilaporkan telah menarik minat banyak kelab di Eropah seperti Arsenal, Hamburg, Valencia dan Benfica.

Other posts by