Pemain bolasepak ada pelbagai ragam dan perangai. Ada yang berperangai gila-gila, ada yang tenang dan santai.
Kebiasaannya yang berperangai gila-gila ini mudah untuk menjadi kegemaran penyokong. Mereka menunjukkan emosi sama seperti penyokong. Gembira bila menang dan berduka ketika kalah. Namun, ada kalanya ianya terlebih pula.
Itulah yang ditunjukkan oleh penyerang Kuala Lumpur, Guillherme De Paula ketika pasukannya menewaskan Negeri Sembilan 3-2 bagi merebut kedudukan teratas Liga Premier.
Selepas menjaringkan gol pertama buat Kuala Lumpur pada separuh masa pertama, dia membantu Paulo Josue untuk menjaringkan gol kedua Kuala Lumpur di separuh masa kedua.
Jadi apa yang dilakukan oleh De Paula untuk menyambut jaringan berkenaan?
Celaka De Paula ambik kamera photographer buat selfie. pic.twitter.com/UL1pxDO11i
— Nizam 🇲🇾 (@NizamArchibald) July 10, 2017
De Paula atau lebih terkenal dengan gelaran Wak Doyok meminjam kamera seorang jurukamera untuk ‘selfie’ bersama rakan sepasukannya bagi meraikan jaringan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, selepas perlawanan, De Paula meraikan kemenangan tersebut bersama penyokong-penyokong Kuala Lumpur dengan cara yang begitu melucukan. Selepas memberikan jersinya kepada penyokong, masih ramai yang mahukan sesuatu dari bekas penyerang Selangor dan PDRM itu.
Jadi, bagi memuaskan hati penyokong, De Paula memberikan pula seluarnya kepada mereka! Nasib baik tiada siapa yang meminta seluar dalam De Paula pula ketika itu.
De Paula sememangnya terkenal dengan tingkahlaku lucu terutamanya ketika meraikan jaringan. Semangatnya yang kuat dan tidak mahu kalah itu benar-benar memikat hati penyokong. Oleh sebab itu, pastinya penyokong Kuala Lumpur berharap dia akan kekal lama bersama Kuala Lumpur.
Other posts by Khairul Nizam