Football

Kelab Thailand pecahkan rekod dunia

Apabila kita bercakap mengenai memecahkan rekod dunia, kita sering terbayang benda yang baik dan sangat bersejarah. Jarang kita mahu mendengar atau mencipta rekod dunia yang buruk.

Tapi itulah yang berlaku kepada kelab Thailand, Super Power Samut Prakan FC.

Berbeza dengan nama mereka, kelab yang beraksi di Samut Prakan FC ini telah mencipta rekod dunia baru yang mungkin mereka tidak mahu dikaitkan dengan mereka ditambah pula nama mereka menunjukkan sesuatu yang hebat.

Selepas dibelasah Pattaya United, 9-2 dalam saingan Liga 1 Thailand, Super Power FC dikhabarkan telah memecahkan rekod dunia untuk kekalahan berturut paling banyak dalam liga bolasepak di dunia.

Kekalahan tersebut memberikan Super Power FC kekalahan ke-20 berturut-turut mereka dalam saingan liga.

Selepas 22 perlawanan liga berlangsung, Super Power FC hanya memungut satu mata selepas mereka seri dengan Bangkok Glass di tempat sendiri dalam perlawanan kedua liga. Ini memberikan mereka rekod seri satu dan tewas 21 perlawanan dalam saingan liga Thailand.

Wellington Priori dan Milos Stojanovic masing-masing menjaringkan dua gol seorang bagi memberikan Pattaya United kelebihan 5-0 di separuh masa pertama.

Ramses Bustos dan Chokelarp Nilsang menjaringkan gol saguhati buat Super Power dalam perlawanan tersebut.

Other posts by