Football

Anak Paolo Maldini sertai kelab di Serie C

Bukan mudah untuk meneruskan legasi keluarga. Menjadi anak kepada pemain bolasepak bertaraf lagenda, pastinya harapan yang diletakkan memang tinggi. Ramai peminat dan pemerhati bolasepak pasti mengharapkan sang anak akan menjadi lebih hebat atau setaraf bapanya.

Namun, kadang kala harapan yang diletakkan terlalu tinggi hingga menjadi beban. Untuk jendela perpindahan musim ini, kita sudah melihat Enzo Zidane, anak kepada lagenda Perancis dan Real Madrid, Zinedine Zidane berhijrah ke Alaves dari Real Madrid untuk meneruskan kerjayanya.

Terbaru, anak lagenda AC Milan, Paulo Maldini pula berhijrah ke kelab Serie C, Racing Fondi.

Christian Maldini yang sebelum ini dikatakan bakal menyarung jersi nombor 3 milik bapanya di AC Milan, melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen 3 Itali itu yang juga kelab ketiganya sepanjang bergelar pemain profesional selepas dilepaskan oleh AC Milan.

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini beraksi bersama skuad muda AC Milan tetapi gagal memecah masuk ke skuad utama Rossoneri.

Kecewa kerana gagal memecah masuk skuad utama, Christian menyertai Reggiana pada Julai 2016. Namun, selepas tidak membuat sebarang penampilan bersama Reggiana, dia dipinjamkan ke Hamrun Spartans yang beraksi di Liga Premier Malta.

Pada Januari lalu, dia kemudiannya menyertai ke Itali dengan menyertai Pro Sesto di Serie D.

Nampaknya hala tuju kerjaya Christian jauh berbeza dengan bapanya.

Paolo Maldini membuat penampilan utamanya dalam jersi hitam-merah AC Milan pada usia 16 tahun pada 20 Januari 1985. Dia menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada usia 17 tahun.

Pemain lagenda itu telah menjulang trofi kejuaraan Serie A, Piala Super Itali dan Liga Juara-Juara sebelum berusia 21 tahun.

 

Other posts by