Football

Bekas penyerang Piala Dunia Brazil dikhabarkan akan sertai Barito Putera

Bekas pemain Piala Dunia Brazil akan menjadi pemain berstatus marquee player baru di Indonesia?

Khabar angin di laman sosial tersebar luas mengenai minat kelab Liga Indonesia, Barito Putera yang kononnya mahu mendapatkan bekas penyerang Lyon, Frederico Chaves Guedes atau lebih dikenali sebagai Fred.

Khabar ini tersebar luas selepas kelab berkenaan melepaskan penyerang asal mereka dari Brazil, Thiago Cunha ke kelab Thailand.

Namun, khabar angin ini dinafikan oleh jurulatih Barito, Jacksen F. Tiago yang menyatakan bahawa mereka perlu fokus kepada perlawanan dan bukan khabar angin.

Memetik laporan Bola.com, Jacksen berkata: “Yang jelas, kami perlu fokus ke pertandingan. Kami masih mempunyai enam perlawanan sehingga tamat separuh musim pertama. Sekarang bukan waktunya untuk memikirkan siapa pemain yang akan dibawa masuk ke pasukan.

“Sekarang apa yang perlu saya lakukan adalah menjaga mental pemain-pemain yang ada. Kami perlu fokus untuk memperbaiki kedudukan pasukan. Biarkanlah isu ini tetap menjadi sekadar khabar angin.

Fred merupakan penyerang pasukan kebangsaan Brazil ketika mereka menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 2014. Penyerang berusia 33 tahun itu kini beraksi bersama Atletico Mineiro.

Selain Fred, Barito Putera turut dikaitkan dengan bekas pemain Persib Bandung, Zulham Zamrun yang meninggalkan kelabnya Mitra Kukar dengan alasan kurang beraksi bersama pasukan tersebut.

Other posts by