Football

Bekas pemain bawah 21 tahun Jerman sertai Bangkok United

Kelab Liga Thailand, Bangkok United telah mendapatkan bekas pemain sayap pasukan bawah 21 tahun Jerman, Chinedu Ede bagi saingan separuh musim kedua liga.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah beraksi untuk kelab di Jerman seperti Hertha BSC, MSV Duisburg, FC Union Berlin, FSV Mainz O5 dan FC Kaiserlautern.

Selain itu, Ede juga pernah beraksi untuk Anorthosis Famugusta di Cyprus dan FC Twente di Belanda.

Pemain kelahiran Berlin-Wilmersdorf itu pernah beraksi untuk pasukan muda Jerman dari umur 17 tahun. Kemuncak kerjayanya bersama pasukan muda Jerman adalah bersama skuad bawah 21 tahun Jerman yang menjuarai Kejohanan Eropah bawah 21 tahun pada 2009.

Bersama Ede di Kejohanan Eropah bawah 21 tahun itu adalah pemain-pemain yang berjaya membawa Jerman memenangi Piala Dunia pada tahun 2014 seperti Manuel Neuer, Jerome Boateng, Sami Khedira, Mats Hummels dan Mesut Ozil.

Bangkok United kini berada di tangga keenam liga selepas separuh musim pertama Liga Premier Thailand tamat dengan mengutip 32 mata. Pasukan berpengkalan di Bangkok itu berjaya mencatat 10 kemenangan dari 18 perlawanan dan lapan mata di belakang pendahulu liga, Buriram United.

Other posts by