MotoGP

Bekas juara MotoGP, Nicky Hayden meninggal dunia

Bekas juara MotoGP, Nicky Hayden telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan serius ketika menunggang basikal minggu lalu, lapor sebuah hospital di Itali di mana dia dimasukkan pada hari Isnin.

“Doktor telah mengesahkan kematian pesakit berkenaan,” kata Hospital Bufalini di Cesena dalam satu kenyataan.

Hayden, bekas juara MotoGP yang berusia 35 tahun, telah dilanggar oleh sebuahg kereta pada Rabu minggu lalu ketika menunggang basikal di bandar Riccione, tiga hari selepas berlumba di trek Imola untuk Kejohanan Superbike Dunia.

Dia berada dalam rawatan rapi selepas dibawa ke hospital dan doktor melaporkan pada hari Khamis bahawa dia mengalami poly-trauma yang serius dan menyebabkan kecederaan otak yang serius.

Hayden, yang dilahirkan di Amerika Syarikat terkenal dengan jolokan ‘The Kentucky Kid’ menjuarai Kejohanan MotoGP pada tahun 2006 dan telah beraksi untuk pasukan Honda dalam kategori Superbike sejak tahun lalu.

Laporan media tempatan di mana kemalangan tersebut berlaku, Rimini Today, menyatakan bahawa pihak polis telah memiliki bukti video berkenaan insiden tersebut.

Menurut laporan tersebut, satu video dari kamera keselamatan dari sebuah ruamh berdekatan telah berjaya merakam kemalangan berkenaan dan pemilik rumah tersebut telah membenarkan pihak polis Riccione untuk mengambil video tersebut.

Selain itu, beberapa komen dari orang ramai yang melihat video kemalangan tersebut mendakwa bahawa Nicky Hayde telah dilanggar di sebelah kiri oleh sebuah kereta berjenama Peugeot ketika Hayden sedang melintas.

Rakaman video tersebut dipercayai akan dapat membantu menentukan kelajuan Hayden dan pemandu kereta tersebut ketika kejadian tersebut berlaku, dan sama ada Hayden tidak menyedari kehadiran kereta berkenaan selepas sebuah iPod dijumpai di kawasan kemalangan.

Other posts by