Sukan bolasepak sememangnya satu sukan yang memerlukan pemain menjaga emosi mereka.
Jika seorang pemain tidak dapat mengawal emosinya ketika perlawanan, pastinya akan berlaku pergaduhan, keganasan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada pasukan.
Seorang pemain bolasepak wanita dari Bosnia telah digantung seumur hidup selepas membelasah dengan teruk seorang pemain dari pasukan lawannya dalam satu perlawanan.
Silvija Sekacic telah menyerang Adnu Ljubanovic dalam satu perlawanan liga utama di antara Zeljeznicar dan Mladost.
Sekacic telah duduk di atas Ljubanovic dan menumbuknya berulang kali sebelum rakan sepasukannya dan pegawai perlawanan dapat meleraikan pergaduhan tersebut.
Walaupun menerima kad merah, Sekacic tidak menunjukkan sebarang perasaan kesal dalam satu kenyataan yang dipetik dari Daily Mirror: “ Kad merah, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membelasahnya.”
Pasukan lawan, Mladost, telah mengeluarkan satu kenyataan yang meminta agar Sekacic diberikan penggantungan semumur hidup dan Persatuan Bolasepak Bosnia-Herzegovina telah menurut dalam satu perkara yang disenarai sebagai ‘kesalahan berat’.
“Apa perkataan sesuai yang anda dapat gambarkan untuk tindakan ini dan kekal bersopan santun? Ianya cukup untuk dikatakan bahawa perangai seperti ini tidak boleh dikaitkan dengan berfikir menggunakan akal,” kata Mladost dalam kenyataan tersebut.
“Pemain seperti Silvija tidak layak berada dalam bolasepak dan dia layak digantung seumur hidup.”
Jika anda rasa Sekacic akan menyesal dengan apa yang berlaku, anda salah. Laporan media tempatan menyatakan Sekacic telah menyiarkan satu gambar di media sosial peribadinya yang menunjukkan dia beraksi seperti seorang peninju dan menggambarkan kad merah tersebut sebagai perkara ringan.
Other posts by Khairul Nizam