Football

Sriwijaya FC dapatkan bekas pemain Inter Milan

Satu demi satu kelab Indonesia mengumumkan kemasukan pemain berstatus marquee player ke pasukan mereka.

Sekarang ianya kelihatan seperti memiliki pemain berstatus marquee player adalah satu kemestian untuk semua pasukan supaya mereka dapat bersaing dalam Liga 1 Indonesia.

Terbaru, Sriwijaya FC mengumumkan mereka berjaya mendapatkan bekas pemain Inter Milan sebagai pemain berstatus marquee player mereka bagi menghadapi saingan Liga 1 Indonesia.

Sriwijaya FC umum kehadiran Tijani Belaid

Kelab berpengkalan di Palembang itu mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Tijani Belaid, bekas pemain Inter Milan yang berasal dari Tunisia dan berusia 29 tahun.

Tijani dikatakan akan datang ke Indonesia dalam tempoh terdekat setelah urusan pendafatarannya selesai.

Menurut pengurus Sriwijaya FC, Dodi Reza Alex Noerdin, mereka telah membuat pertimbangan rapi dalam membuat keputusan untuk mendapatkan Tijani. Mereka memilih Tijani kerana usianya yang masih muda dan bebas dari kecederaan.

“Selama ini, kami berhati-hati dalam membuat pemilihan. Bahkan, kami tidak merasa sebarang tekanan kerana kami masih dalam proses membuat pemilihan,” kata Dodi seperti dilaporkan Juara.net.

“Kemasukan Tijani bukan untuk gimik di media sosial sahaja, tetapi kami perlu pemain yang benar-benar dapat membantu pasukan,” tambahnya lagi.

“Saya juga perlu menegaskan bahawa dengan adanya pemain berstatus marquee player tidak menjamin kami menjadi juara. Kunci utama kami adalah kerja keras, disiplin dan kesatuan pemain dalam pasukan.”

Pernah jaringkan gol di Liga Juara-Juara

Tijani Belaid memulakan kerjayanya bersama Inter Milan pada musim 2005-2008. Dia turut dipinjamkan ke PSV Eindhoven pada tahun 2007. Tijani juga pernah menjaringkan gol di Liga Juara-Juara ketika dipinjamkan ke kelab Republik Czech, Slavia Prague pada musim 2007/2008.

Selain itu, Tijani juga pernah beraksi untuk Hull City yang ketika itu beraksi di Liga Kejuaraan.

Pemain tengah dengan ketinggian 180 cm ini beraksi untuk Veria FC di Greece sebelum menyertai Sriwijaya FC.

Dia turut beraksi untuk pasukan kebangsaan Tunisia pada tahun 2006-2009 dan menjaringkan tiga gol dari 18 penampilan. Sebelum itu, Tijani sebelum itu pernah mengikuti kem latihan skuad bawah 19 tahun Perancis pada tahun 2005 sebelum membuat penampilan pertama untuk Tunisia pada tahun 2006.

Other posts by