Football

Milla tiada masalah skuad kebangsaan Indonesia lawan kelab

Negara lawan kelab?

Kebiasaannya apabila pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab, pasti ada yang tidak berpuas hati.

Namun, nampaknya perkara ini tidak menjadi masalah buat jurulatih pasukan bawah 22 tahun Indonesia, Luis Milla yang menyatakan dia tidak mempunyai masalah jika anak buahnya menentang pasukan kelab.

Tiada masalah lawan kelab

“Tiada masalah dengan sesiapa saja kami berlawan, kerana apa yang penting adalah untuk melihat sejauh mana pemain dapat menyesuaikan diri dengan cara Luis Milla,” kata Bima Sakti, pembantu jurulatih pasukan seperti dipetik dari Kompas.com.

Perkara ini dinyatakan ekoran masih tiada kepastian mengenai pasukan mana yang akan dihadapi oleh pasukan Indonesia menjelang kalendar perlawanan antarabangsa FIFA pada 20-28 Mac ini.

Sepatutnya lawan Myanmar

Indonesia sebelum ini dijadualkan bertemu Myanmar pada 25 dan 27 Mac seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Namun perlawanan tersebut nampaknya belum dapat dipastikan akan berlangsung atau tidak kerana masih tiada pengesahan dari pihak PSSI sendiri.

Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Media PSSI, Hanif Thamri berkata, pihak mereka (PSSI) masih berbincang bersama Milla untuk mencari alternatif negara lain bagi diadakan perlawanan.

Myanmar berdepan kelayakan Piala Asia

Perlawanan berdepan Myanmar dijangka batal ekoran jadual kelayakan Piala Asia 2019 di mana Myanmar akan berdepan India pada 28 Mac nanti seperti yang tertera di kalendar pada laman web rasmi FIFA.

Myanmar berkemungkinan besar akan menghantar skuad kedua atau skuad muda untuk berdepan Indonesia jika mereka menerima pelawaan mereka.

Bagi menghadapi perlawanan persahabatan kalendar FIFA tersebut, Indonesia juga akan menggunakan pemain bawah 22 tahun mereka dan bukan pemain senior sebagai persiapan mereka menghadapi Sukan SEA tahun ini.

Kesimpulan

Selepas menjalani tiga pemilihan, Milla pastinya mahu melihat jika pemain yang terpilih akan serasi dengan taktikalnya. Untuk sekadar melihat perkembangan pemain menyesuaikan diri dengan taktikal, tidak salah untuk mereka berdepan pasukan kelab tempatan.

Tetapi, mereka tetap perlu berdepan pasukan negara dan bermain di gelanggang lawan untuk melihat bagaimana mereka berdepan cabaran dan tekanan.

Bagaimana dengan pasukan Bawah 22 tahun Malaysia? Di saat kita tertumpu dengan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara, diharap FAM tidak lupa merancang perlawanan untuk skuad bawah 22 tahun negara.

Other posts by