Vincent Tan menepis dakwaan bahawa dia akan menjual kelabnya.
Kecoh di media cetak tempatan dan media sosial selepas Bloomberg mengeluarkan laporan bahawa seorang jutawan mahu menjual kelab bolasepaknya.
Apa yang dikatakan
Berdasarkan laporan tersebut, Tan Sri Vincent Tan dikatakan akan menjual kelab-kelabnya iaitu Cardiff City (England), Los Angeles FC di Major League Soccer (USA), FC Sarajevo (Bosnia) dan Kortrijk CVBA (Belgium).
Artikel tersebut turut menyatakan bahawa pengerusi Cardiff City, Mehmet Dalman ada menyatakan bahawa “Kami akan melayani mana-mana tawaran, tetapi kami tidak tergesa untuk menjual, atau perlu untuk menjual.”
Vincent tepis dakwaan
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tan Sri Vincent Tan, dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk menjual mana-mana kelabnya.
Namun, Vincent turut menyatakan bahawa dia hanya akan mempertimbang untuk menjual kelabnya jika ada pihak yang membuat tawaran yang sesuai dengan harganya.
Dia turut menyatakan bahawa sebelum ini banyak pihak pernah menyatakan minat mereka untuk membeli Cardiff City namun harga yang ditawarkan adalah rendah.
Menurutnya lagi, dia hanya akan akan menjual kepada pihak yang mampu menawarkan nilai yang tepat dan boleh membawa kelab tersebut ke peringkat lebih tinggi.
Bagi LAFC pula, Vincent menyatakan bahawa LAFC masih baru lagi dan melihat LAFC sebagai satu pelaburan jangka masa panjang kerana peningkatan nilai kelab di MLS.
Bagi FC Sarajevo dan Kortijk CVBA pula, Vincent menyatakan bahawa pelaburan kepada dua kelab ini adalah lebih besar berbanding Cardiff City dan LAFC, oleh itu tiada sebab untuk menjualnya kecuali tawaran yang menarik dikemukakan.
Kesimpulan
Dari kenyataan Tan Sri Vincent Tan ini, dapat kita simpulkan bahawa sebagai seorang individu yang sudah sekian lama terlibat dengan dunia perniagaan, dia pastinya tahu bahawa dia tidak akan tergesa-gesa menjual kelabnya yang dilihat sebagai pelaburannya, tetapi jika ada pihak yang mampu menawarkan nilai yang tepat, dia sedia melepaskan kelabnya.
Jika Tan Sri Vincent Tan berminat, mungkin dia boleh melihat pula kepada kelab di Malaysia selepas ini dan mungkin jika dia berminat dengan cabaran, dia patut cuba membeli pasukan Kuala Lumpur dan membawa pasukan ibukota itu bermain di Liga Super dan seterusnya berusaha layak ke Liga Juara-Juara Asia atau Piala AFC.
Other posts by Khairul Nizam