Football

Thailand perkenal penaja jersi baru

Pada suatu ketika dahulu jenama Nike menguasai pasukan-pasukan di Asia Tenggara. Pasukan gergasi seperti Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam ketika itu menggunakan jenama Nike sebagai jersi pasukan kebangsaan mereka.

Ketika pasukan seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia terus menggunakan jersi Nike, Thailand telah mengorak langkah dengan menggunakan jersi jenama tempatan.

Sebelum ini, Thailand menggunakan jersi berjenama Grand Sport, sebuah syarikat yang berpengkalan di Bangkok, Thailand untuk menaja jersi pasukan kebangsaan mereka.

Thailand perkenal penaja baru

https://twitter.com/TLeagueTransfer/status/836130260466855936

Bermula 1 Mac ini, Thailand akan menggunakan jersi jenama baru bagi pasukan kebangsaan mereka.

Jersi jenama Warrix kini merupakan penaja baru mereka dan terdapat sedikit kelainan pada warna jersi mereka dan juga jersi berkenaan akan menggunakan teknologi terkini yang mampu mengurangkan haba.

Menggunakan tema ‘Pahlawan ke-12’ , jersi menggunakan teknologi Combatec yang digunakan oleh jenama antarabangsa serta menggunakan fabrik Polyester Spendex bagi menjadikan jersi ini tahan lasak.

Apa kelainan jersi ini?

https://twitter.com/TLeagueTransfer/status/836140763540959233

Kita sudah biasa melihat Thailand menyarung jersi berwarna biru, merah dan kuning. Namun berlaku kelainan bagi jersi keluaran Warrix ini.

Untuk kali pertama kita akan melihat Thailand menyarung jersi berwarna hitam yang digelar Chaiya Power dan jersi putih bagi aksi di tempat lawan yang digelar Conquer Worlds.

Melihat pada dua jersi ini, ianya persis jersi pasukan ragbi dan bolasepak New Zealand.

Jersi ini akan dijual pada harga 390 baht (RM49) untuk jersi kanak-kanak, 890 baht (RM113) untuk jersi dewasa versi untuk penyokong serta 1990 baht (RM253) untuk jersi versi player grade.

Sudah masa perkenal jenama tempatan

Melihat pada Thailand yang menggunakan jersi jenama tempatan tetapi tetapi berjaya menunjukkan aksi cemerlang di peringkat antarabangsa, membuatkan kita terfikir adakah Malaysia perlu mengikut jejak langkah Thailand?

Mungkin sudah sampai masa pasukan kebangsaan atau kelab di Malaysia menggunakan jersi jenama tempatan. Semenjak dua menjak ini kita sudah melihat pasukan yang beraksi di liga tempatan menggunakan jersi jenama tempatan seperti pasukan Terengganu City FC yang menyarung jersi jenama Kaki Jersi.

Apa yang pasti, dengan menggunakan jersi jenama tempatan, kita boleh menentukan rupa bentuk jersi kita sendiri mengikut kreativiti. Selain itu, harganya pasti lebih murah dan mudah dimiliki oleh peminat tempatan.

Other posts by