Football

Subahan mahu Tengku Amir jadi Presiden FAS

Mungkinkah Selangor bakal mengikut jejak langkah JDT dan melakukan perubahan besar-besaran?

Ekoran titah oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengenai langkah pembaharauan dalam Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) baru-baru ini, FAS berharap baginda dapat menerajui pucuk pimpinan pasukan Selangor.

Dalam kenyataan daripada Naib Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal yang dipetik dari laporan Kosmo, dia menyatakan bahawa Exco FAS menyambut baik titah baginda dan bersedia melaksanakannya.

Subahan turut menyatakan bahawa mereka berharap agar Tengku Amir dapat menjawat jawatan selaku Presiden FAS, sekaligus menaikkan kembali pasukan bolasepak Selangor.

“FAS amat berbesar hati dan gembira kerana Tengku Amir benar-benar ikhlas dan ambil berat mengenai bolasepak Selangor.

”Setiap saranan Tengku Amir benar-benar bernas dan untuk pengetahuan semua, sebenarnya itu antara perkara-perkara yang telah dirancangn oleh Exco-Exco FAS yang bakal mengadakan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) pada 23 Februari ini. Keprihatinan Tengku Amir menerusi saranan-saranan itu membuktikan baginda mengambil berat bolasepak di negeri ini.

“Kami amat berharap Tengku Amir akan berkenan untuk menerajui FAS. Pada masa sama, kami berharap baginda berkenan untuk bertemu dengan barisan Exco FAS selepas EGM nanti kerana banyak perancangan yang perlu dibincangkan bersama Tengku Amir.”

Kerusi Presiden FAS menjadi panas selepas penyandang asal, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan. Antara yang sebelum ini berminat dengan jawatan berkenaan adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang penuh kontroversi, Dato Jamal Md Yunos.

Namun, jika diberi pilihan antara Tengku Amir dan Dato Jamal, rasanya penyokong Selangor sudah nampak calon terbaik bagi memegang jawatan Presiden FAS. Pastinya penyokong Selangor mahukan pemimpin terbaik bagi menaikkan semula nama Selangor di kancah bolasepak Malaysia.

Other posts by