Football

Seorang mati akibat pergaduhan antara penyokong di Brazil

Seorang penyokong mati dan beberapa orang yang lain tercedera selepas keganasan tercetus di Rio de Janeiro sebelum perlawanan di antara Botafogo dan Flamengo pada hari Ahad lalu.

Laporan media Brazil mengenalpasti bahawa penyokong berkenaa, Diego Silva do Santos, 28 tahun, dibunuh berdekatan Stadium Engehao, tempat di mana berlangsung acara olahraga di Sukan Olimpik pada tahun lalu.

Pergaduhan tercetus sebelum perlawanan Kejuaraan Negeri Rio de Janeior di mana Flamengo menang 2-1. Polis berjaya menamatkan keganasan tersebut dengan menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata.

“Sekretariat Kesihatan Perbandaran memberi maklumat bahawa lapan orang lelaki telah dibawa ke Hospital Perbandaran Salgado Filho sebagai mangsa keganasan dan tembakan dalam pergaduhan di Engenhao,” kata Sekretariat dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman berita UOL dan dilaporkan oleh rangkaian media Brazil.

“Dari semua yang dibawa, seorang meninggal dunia, empat dikeluarkan dan tiga lagi masih dirawat, di mana salah seorang berada dalam keadaan serius.”

Mungkin penyokong bolasepak Malaysia boleh mengawal kesabaran mereka dan mengurangkan tingkah laku ganas ketika perlawanan sebelum perkara seperti ini terjadi.

Other posts by