Football

Navy FC dapatkan bekas pemain import Kedah

Bekas pemain pertahanan kental Kedah, Ban Seung Hwan sah menyertai kelab Thai, Royal Thai Navy FC bagi saingan Liga Thailand musim ini.

Pemain pertahanan dari Korea Selatan itu menyertai Kedah pada tahun 2015 dan antara tonggak pertahanan yang menyaksikan Kedah mara ke dua perlawanan akhir Piala Malaysia dan memenangi Piala Malaysia pada tahun lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu juga pernah beraksi untuk UiTM FC pada tahun 2014 secara pinjaman dan dia tidak asing dengan bolasepak Thailand kerana pernah beraksi untuk Air Force Central FC dan Muangthong United.

Pastinya rakan di bahagian pertahanannya, Khairul Helmi Johari akan merindui kelibat Bang melihat pada keakraban mereka yang sering ditonjolkan.

Other posts by