Football

JDT dan Felda United bawa cabaran Malaysia di Piala AFC

Kemenangan Gamba Osaka ke atas JDT memberi peluang kepada pasukan dari selatan tanah air itu untuk cuba memenangi Piala AFC semula selepas gagal mempertahankannya pada tahun lalu.

Johor Darul Ta’azim berada dalam kumpulan E bersama Magwe FC dari Myanmar, Global FC dari Filipina dan Boeungket Angkor dari Kemboja bagi saingan tahun ini.

Bagi pendatang baru Piala AFC, Felda United mereka akan beraksi menentang wakil Vietnam Hanoi FC, Tampines Rovers dari Singapura dan Ceres Negros dari Filipina dalam kumpulan G.

Satu lagi kumpulan bagi zon Asean iaitu Kumpulan H disertai Yadanarbon FC dari Myanmar, Home United dari Singapura dan Than Quang Ninh dari Vietnam.

Pada tahun lalu, JDT tewas kepada Bengaluru FC di peringkat separuh akhir, namun wakil India itu tewas kepada pasukan Iraq, Al Quwa Al Jawiya di perlawanan akhir.

Other posts by