Football

Tajaan Tan Sri Annuar Musa untuk Kelantan FA tetap diteruskan

Tajaan tetap diteruskan.

Walaupuan kontroversi melanda pasukan Kelantan ekoran arahan bercuti sementara Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA semalam, tajaannya untuk pasukan Kelantan tetap diteruskan.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor, ini kerana isu tersebut tidak membabitkan Kelantan kerana tajaan adalah daripada syarikat Kumpulan Al Hamra dan RedONE Malaysia.

Malah, dia turut menyatakan bahawa penajaan kepada The Red Warriors (TRW) sentiasa dijalankan secara profesional dan tidak membabitkan pihak tertentu dalam MARA.

Memetik kata-kata beliau dari Harian Metro: “ Sebelum ini Kolej Masterskill pernah menjadi penaja tetapi tiada timbul sebarang isu.

“Bahkan Open University Malaysia (OUM) pernah berbincang untuk jadi penaja namun KAFA tolak kerana bertembung dengan Masterskill pada masa itu, selain penajaan KAFA jauh lebih murah berbanding penggunaan media lain (untuk tujuan promosi).

“Kami di KAFA terbuka menerima perkaran ini dan menghormati keputusan dibuat. Cuma berharap siasatan secara telus dilakukan bagi mengelak timbulnya persepsi dan tanggapan negatif terhadap penajaan daripada Annuar kepada KAFA.”

Tan Sri Annuar Musa telah muncul penyelamat pasukan Kelantan dan KAFA sendiri selepas kontroversi melanda pasukan pantai timur berkenaan ekoran ketiadaan wang untuk beraksi di Liga Super.

Kelantan sebelum ini hampir menarik diri dari bersaing dalam Liga Super 2017 selepas ketiadaan dana, namun Tan Sri Annuar Musa melalui dua syarikatnya Kumpulan Al Hamra dan RedONE Malaysia telah memberikan tajaan awal bernilai RM6 Juta.

Other posts by