Football

Liga Super ASEAN ditangguh lagi

Nampaknya hasrat untuk menyaksikan pasukan-pasukan terhebat ASEAN berentap dalam satu liga perlu ditunggu lagi.

Bekas presiden Persatuan Bolasepak Singapura yang kini sebahagian dari pasukan petugas Liga Super ASEAN (ASL), Zainudin Nordin seperti dipetik dari media Singapura, Today Online bahawa ASL ‘masih dalam perbincangan’ dan tiada komitmen untuk ianya dimulakan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Dia berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Persekutuan Bolasepak ASEAN, yang dihadiri oleh ahli majlis AFF pada hari Rabu lalu.

Zainudin sebelum ini mendakwa bahawa idea mengenai ASL disokong oleh semua ahli AFF.

ASL dikhabarkan akan disertai 10 pasukan dari negara anggota AFF termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam antaranya. Namun, Australia walaupun merupakan anggota AFF, tidak dijangka akan turut serta dalam ASL.

Ketika idea asal diumumkan secara rasmi pada tahun 2013, ASL dikatakan akan bermula pada tahun 2015. Namun tarikh sepak mula telah ditukar dua kali, pada 2016 dan kini dikatakan akan bermula September ini.

Other posts by