Liga Malaysia sememangnya penuh warna warni. Sepak mula belum bermula, banyak perkara yang sudah berlaku. Baru sahaja JDT umum Mario Gomez letak jawatan, kini giliran Pulau Pinang pula umum perletakan jawatan presiden mereka.
Kurang 48 jam sebelum sepak mula Liga Super di antara Pulau Pinang dengan Selangor, presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) Datuk Seri Nazir Ariff mengumumkan perletakan jawatannya.
Menurut pengurus pasukan Pulau Pinang Zairil Khir Johari kepada akhbar the Star: “Ianya bukan keputusan yang mengejutkan kerana dia (Nazir) telah memberi bayangan di penghujung musim lalu bahawa dia mahu meninggalkan FAP. Persiapan pasukan tidak terganggu dengan keputusannya.
”Saya bertemu Nazir sebentar tadi. Dia meninggalkan FAP dengan cara baik. Memang niatnya hanya untuk bersama untuk tiga tahun sahaja, dan dia berjaya membawa Pulau Pinang ke Liga Super.
“Laurence (Loh) akan melaksanakan tugas presiden sehingga Mesyuarat Agung Tahunan ( di akhir tahun). Mungkin akan ada Mesyuarat Agung Tergempar berlangsung lebih awal, tetapi bergantung kepada ahli majlis FAP untuk membuat keputusan. ”
Di bawah pengurusan Nazir, Pulau Pinang berjaya mendapat tempat kedua Liga Premier 2015 sekaligus mendapat tempat beraksi di Liga Super.
Musim lalu mereka menduduki tempat ke-10 di hari terakhir Liga sekaligus mengelakkan diri dari jatuh kembali ke Liga Premier.
Pulau Pinang akan berdepan Selangor di Stadium Selayang malam esok.
Other posts by Khairul Nizam